Xenon tetrafluorida
Xenon tetrafluorida

Xenon tetrafluorida

Xenon tetrafluorida ialah satu sebatian kimia dengan formula kimia XeF4. Ia merupakan sebatian dedua gas adi pertama yang ditemui.[3] Ia dihasilkan melalui tindak balas kimia gas xenon dengan fluorin, F2, seperti berikut:[4][5]Tindak balas ini bersifat eksoterma, melepaskan tenaga 251 kJ bagi setiap mol xenon.[3]Xenon tetrafluorida ialah bahan kristal tidak berwarna dalam keadaan biasa. Struktur kristalnya ditentukan oleh spektroskopi NMR dan kristalografi sinar-x pada 1963.[6][7] Strukturnya adalah segi empat sama satah, seperti yang telah dibuktikan oleh kajian pembelauan neutron[8] dan diwajarkan oleh teori VSEPR kerana xenon mempunyai dua pasangan elektron tunggal di atas dan di bawah satah molekul itu.Xenon tetrafluorida memejalwap pada suhu 115.7 °C (240.26 °F).Seperti fluorida xenon yang lain, penghasilan xenon tetrafluorida adalah eksergonik. Ia stabil pada suhu dan tekanan normal. Kesemuanya boleh terus bertindak balas dengan air, melepaskan gas xenon asli, hidrogen fluorida dan oksigen molekul. Tindak balas ini berlaku dalam udara yang sedikit lembap; oleh itu, semua xenon fluorida perlu disimpan dalam atmosfera kontang.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Xenon tetrafluorida http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.10992... http://adsabs.harvard.edu/abs/1962Sci...138..136C http://adsabs.harvard.edu/abs/1963Sci...139..106I http://adsabs.harvard.edu/abs/1963Sci...139.1208B http://adsabs.harvard.edu/abs/1963Sci...140..178B http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=F%5... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17757912 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17798707 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17818399